Salam Perkenalan

"Alah Bisa Tegal Biasa, Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata". Laman Blog Ini Adalah Mengenai Pelbagai Sumber Bahasa Melayu dan Info Mengenai Warisan Bahasa Ibunda Kita Turun-Temurun.

Tuesday 24 April 2012

KPD 3026 -Mikro Pengajaran.avi

Sesi Pengajaran Mikro Bahasa Melayu Tahun 2 SK Ayer Jernih oleh Puan Roshayati Binti Abd. Rahim


Thursday 19 April 2012

RPT BM SK Thn 2 2012

RPT BM SK Thn 2 2012.doc

Mata Pelajaran dan Kelas:


Bahasa Malaysia   -  Tahun  2 Cemerlang


Tema/Tajuk:
Jati Diri   –   Keluarga Harmoni
Tarikh / Hari / Masa:

04 April  2012  -  Rabu   (11.05 – 12.35 tengah hari)

Fokus Utama:
Standard Pembelajaran:


Fokus Sampingan:
Standard Pembelajaran:

1.2.6 
Mendengar, memahami dan menyebut frasa ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat

3.2.6
Menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih sukukata, diftong,vokal berganding, diagraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
i.      Menyebut dengan betul ayat tunggal dan  ayat majmuk yang didengar dengan betul dan tepat
ii.    Menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong,vokal berganding diagraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.



Elemen Merentas Kurikulum    (EMK):


Nilai Murni – Tolong – menolong, hormat menghormati
Kreativiti dan Inovasi
S/ B – Perkataan Seerti
KBT - ICT
Ilmu – Kajian  Tempatan

Bahan Bantu Belajar:
Buku Tulis, LCD,lab top



Refleksi:



Pengetahuan Sedia ada:
18 orang daripada 26 orang murid telah mencapai objektif P&P.
6 orang daripada 26 orang murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan. 1 orang murid daripada 26 orang murid tidak hadir.
Murid tinggal bersama  keluarga dan murid pernah melakukan aktiviti membantu keluarga di rumah.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI
PENGISIAN
KURIKULUM

CATATAN

Set Induksi

1.  Murid ditunjukkan dengan gambar kucing
     dan diajak berpantun. Murid dengar
    kemudian  menyebut.pantun tersebut.

2.  Murid diajak bersoal jawab kaitan pantun     
     dengan tajuk pada hari itu iaitu. 
       

Langkah 1

1.  Murid diperdengarkan teks darihal
     ”Keluarga Harmoni” dan murid diminta
     Memberi perhatian semasa guru membaca
     teks tersebut.

2. Murid diberi penerangan darihal Nilai murni.


3. Setelah murid diperdenganrkan teks untuk
    kali kedua. Murid diminta menggarisi nilai
    murni yang terdapat  dalam teks.


Langkah 2


1. Murid menyebut nilai murni yang telah di
    garisi.

2. Murid menaip  semula perkataan tersebut
    pada  papan kekunci yang disediakan dalam  
    kotak di papan skrin



Langkah  3 - penaksiran

 1   Murid diperdengarkan dengan ayat tunggal
      dan ayat majmuk.

2.  Kemudian sekali lagi murid diminta
     menyebut semula ayat –ayat tersebut
     dengan tepat dan jelas.




 3  Guru menilai ketepatan dan kelancaran
     sebutan.



Penutup

1. Murid  diminta mengisi  tempat  kosong  
    dalam ayat dengan menggunakan     
     perkataan yang sesuai.   
   

Pemulihan

Murid dibimbing untuk mengisi tempat kosong

  
Pengkayaan

Murid membina ayat berdasarkan perkataan
yang diberi.















KBT
ICT- Penggunaan
Papan kekunci
(highlight perkataan
dan klik U untuk menggarisi perkataan


-Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk







Nilai

Penyayang
Bertanggungjawab
Hormat menghormati


Lampiran 1

-Gambar kucing
dan pantun 4 kerat

Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama Si Kucing belang,
Dua tiga boleh di cari,
Manakan sama ibu seorang.


Lampiran 2

Petikan tentang Keluarga Harmoni















Lampiran 3

Senarai nilai –nilai murni







Lampiran 4

Ayat tunggal dan ayat majmuk













Lampiran 5

Latihan mengisi tempat kosong




 
Refleksi mikropengajaran

 Apakah peranan refleksi dalam pengajaran? Pertamanya dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan  beberpa alternatif dalam membuat keputusan. Selain itu peranan refleksi dalam amalan seseorang guru ianya dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkahlaku atau amalannya.
Semasa menjalankan mikropengajaran, saya telah dapat mengesan beberapa kelemahan dan kekuatan pengajaran saya.
Antara kekuatan pengajaran saya ialah dapat mengawal kelas dengan baik. Saya juga telah membuat persediaan yang rapi sebelum pengajaran hari ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan berlaku semasa pengajaran ini. Persediaan awal juga adalah penting bagi saya agar dapat menyampaikan isi kandungan dengan baik. Saya juga dapat menetapkan masa dalam menjalankan aktiviti supaya kemas dan teratur.
Saya mengajar  mikro pengajaran untuk matapelajaran Bahasa Melayu di kelas Tahun 2 Cemerlang melibatkan seramai 26 orang murid.
Objektif pengajaran saya ialah murid boleh menyebut dengan betul ayat tunggal dan ayat majmuk yang didengar.
Semasa set induksi, saya memaparkan gambar kucing yang mana berkaitan dengan pantun mudah yang akan saya kemukakan kepada murid-murid . Ini bertujuan untuk menarik minat dan perhatian murid kepada tajuk pengajaran saya pada hari itu. Di sini, saya dapati murid-murid begitu teruja, seronok dan boleh menyebut pantun tersebut setelah saya memperdengarkannya. Kesemua murid memberi perhatian dan mengambil bahagian serta boleh mengulangi semula pantun tersebut.
Untuk memulakan pengajaran, saya telah membaca teks “Keluarga Harmoni” dan  meminta murid mendengarnya  dengan teliti dan selepas itu saya menyuruh murid menyebut semula petikan tersebut. Untuk menimbulkan perkaitan tajuk ,saya telah mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan isi kandungan yang akan disampaikan. Pada masa ini ramai murid yang telah memberi jawapan yang bernas.  Hasil jawapan murid, saya dapati mereka selalu membantu keluarga mereka dan mereka tahu apa yang dimaksudkan nilai-nilai murni.Setelah  murid mendengar teks yang dibacakan, saya meminta murid menyebut nilai-nilai murni yang telah mereka dengari. Ramai murid memberi jawapan yang betul dan tepat. Saya berasa amat gembira kerana mereka boleh memberi beberapa nilai murni dari teks yang saya sampaikan.
Murid-murid begitu teruja ingin kehadapan untuk mengarisi perkataan nilai-nilai murni yang terdapat pada papan layar. Saya telah membimbing murid untuk mengarisinya dengan menggunakan papan kekunci di komputer riba. Saya dapati murid  berani dan berkeyakinan kehadapan untuk mengarisi perkataan tersebut. Saya dapati juga terdapat murid yang tidak berpeluang untuk mencubanya. Dilain masa saya akan memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan murid kehadapan.
            Saya juga menyuruh murid bertepuk tangan setelah memberi jawapan yang betul dari penyoalan saya. Mereka ceria dan berasa bangga apabila rakan-rakan mereka menghargainya. Ini merupakan ganjaran yang mudah dan disukai murid-murid.
            Murid yang tidak berpeluang mengarisi perkataan nilai-nilai murni tadi saya memanggilnya kehadapan dan membimbing mereka untuk menaip perkataan nilai-nilai murni yang mereka ketahui. Sungguh tidak disangka ramai murid yang datang mencuba dan jawapan yang mereka berikan adalah tepat dan betul. Disini, saya berasa objektif pengajaran saya hari ini hampir tercapai. Saya sangat berbangga.
            Saya juga meminta semua murid membaca perkataan yang telah ditaipkan oleh rakan-rakan mereka dari papan layar. Semua murid boleh menyebutnya dengan jelas.Pembacaan yang berulang-ulang adalah untuk pengukuhan isi kandungan pengajaran.
Sebagai penutup saya mengedarkan lembaran kerja. Selepas itu saya membimbing murid dengan membaca soalan dan murid memberi jawapan secara lisan .Murid diminta mengisi tempat kosong dengan nilai-nilai murni yang telah mereka dengari dan tulis di papan layar tadi.
            Diantara kelemahan yang saya dapati ialah saya kurang memberi peluang kepada kumpulan murid yang lemah walaupun hanya 6 orang murid sahaja. Hanya 2 orang yang berpeluang kehadapan dengan menaip nilai-nilai murni tersebut. Mereka ini duduk dihadapan tetapi tidak memberi perhatian dan tidak mahu mengambil bahagian. Mungkin mereka malu atau tidak tahu jawapannya. Di lain pengajaran, saya akan pastikan murid ini akan mengambil bahagian dalam aktiviti kelas.
Kesilapan saya semasa menyampaikan pengajaran, saya hanya berdiri di hadapan sepatutnya saya perlu sentiasa bergerak bagi memantau setiap aktiviti murid semasa pengajaran berlangsung. Pada pengajaran yang akan datang, saya akan melakukan penambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki set induksi agar lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan,pengawasan masa setiap aktiviti memberi nasihat dan dorongan kepada murid.
            Saya dapati lembaran kerja yang saya edarkan tidak mengikut kumpulan. Saya edarkan lembaran tersebut kepada semua tahap murid sedangkan didalam kelas itu terdapat murid yang lemah, sederhana dan cerdik. Sepatutnya lembaran yang disediakan mestilah sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid. Saya perlu mengumpulkan murid yang cerdik dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah  dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran.
Saya berharap dengan melakukan tindakan seperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan memberi kesan serta dapat menarik minat murid untuk mendalami pengajaran Bahasa Malaysia.
“ Orang yang malas selalu memberi alasan, manakala orang yang rajin selalu mencari jalan” Itulah kata-kata peransang dari Guru Besar. Saya jadikan kata-kata tersebut sebagai motivasi untuk meningkatkan profesion keguruan.